Thursday, March 26, 2009

Hari Sukan di MGS..

Acara lumba lari 4 x 100 m

Kelab pengawas

Perbarisan rumah sukan Dang Anum

Perbarisan rumah sukan Mahsuri
Acara tarik tali

Wednesday, March 25, 2009

Hari yang memenatkan..

Hari ni ada raptai untuk hari sukan. Tugas sy sebagai ahli jawatankuasa peralatan sukan. Pagi2 lagi dah kena ke stor sukan nak ambil peralatan. Lepas tu semua guru dan student ke padang sekolah Mahmud rendah yang terletak tak jauh mana pun.. di sebelah sekolah kami je. Kesian kat kitaorang tak ada padang sendiri. Jadi terpaksalah pinjam padang sekolah lain. Pelajar perlu melakukan perbarisan dan tabik hormat.

Selepas perbarisan pelajar, ada acara tarik tali di antara ahli2 rumah sukan. Mula2 antara rumah sukan Dang Anum(kuning) iaitu rumah sukan yang sy jaga dan Tun Teja(hijau). Semasa pelajar tarik tali, sy pun bersemangat bukan main.. tapi kat tepi dorang jela, bagi sokongan..hihi. Bukan main kuat sy jerit nak bagi sokongan kat
dorang, tapi malangnya dorang tak menang jugak. Hmm, buat penat aje. Ish2 la..

Selepas itu, acara tarik tali diteruskan dengan ahli rumah sukan Tun Fatimah(biru) dan Mahsuri(merah). Rumah sukan Tun Fatimah yang menang dalam pusingan kedua ini. Habis ajer raptai sukan, kitaorang pun pergi makan kat kantin. Waktu tu memang dah lapar sangat. Sy pun makanla nasi kerabu dan teh ais.. Memang bestla..Tapi yang paling bestnya, ada orang baik hati belanja kitaorang makan. Tima kasihla kepada Cikgu Nasir..


Ada ubi, ada laici,
Ada hari belanjalah lagi.

Pada pukul 12 pula, terdapat program ceramah sempena minggu anti dadah. Pelajar2 dikehendaki bergerak ke dewan sekolah dan mendengar ceramah yang disampaikan. Cikgu2 ni pula, sibuk dengan persiapan untuk hari sukan esok. Hari ni sy balik lambat lagi coz banyak kerja yang perlu dibuat untuk hari sukan esok..Hmm, im so tired..huhu

Tuesday, March 24, 2009

Puisi untuk GAZA..


Kesengsaraan rakyat GAZA

Wanita dan kanak2 menjadi mangsa

Kilau cahaya, menyilau mata
Di langit Gaza, malam ini
Berseleraklah dan berlindunglah
Masih kau hidup, ataupun mati
Siapa lagi yang peduli.

Musuh membawa sejuta petaka
Menghancur membakar penuh membara
Dentuman berjuraian bagai hujan
Selebat juraian airmata dan darah
Begitulah Citra sengsara, penuh luka dan duka.

Sang penguasa asyik berbalah
Siapa benar, siapa yang salah
Bagai curahan air di daun keladi, suara mereka tiada bererti
Anak-anak dan wanita, menjadi mangsa haiwan keji
Bumi ini, setiap hari menjadi saksi.

(Terjemahan bebas inspirasi daripada Michael Heart)

Sedih dan menyayatkan hati apabila menyelusuri coretan hidup yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Gaza.. Bayangan maut seakan-akan berada di hadapan mata gara2 yahudi Zionis yang tiada peri kemanusiaan.

Nyawa seakan tidak berharga dan di sana sini kelihatan mayat2 bergelimpangan. Akan ada ibu yang kehilangan anak, ada juga anak2 yang meratap kematian ayah bonda yang tercinta, dan isteri kehilangan suami tempat bermanja dan bergantung hidup.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan untuk penduduk Gaza..Semoga mereka dapat menjalani hidup seperti sedia kala tanpa diselubungi ketakutan..AMIN

Monday, March 23, 2009

Kenangan di MGS part 1...

MGS MEN..my luvly school..
Hari ni first day sekolah lepas hampir seminggu cuti..Hmm, my mood masih lagi dalam feel bercuti..rasa malas2 je nak ke sekolah tadi..haha..tapi bila teringatkan my student, kuatkan gak la semangat..masa di sekolah, ada beberapa student tegur..

Cantikla cikgu hari ni..

Tetiba terperasan lak rasa bila orang tegur camtu..haha..tapi cool down..=p Itulah yang terjadi bila kita mengajar di sekolah yang semuanya gurls..Kalau boleh semua yang kita pakai dari atas ke bawah dorang nak tegur..Sampaikan dorang tahu ada berapa jumlah koleksi kasut saya.. Semuanya berdasarkan pemerhatian mereka..Dahsyat betul my student ni..Terkezut saya..huhu..Actually, sekolah tempat saya mengajar ni adalah sekolah tempat saya menuntut ilmu dulu..Banyak sangat kenangan kat sini.. Cikgu2 yang pernah mengajar saya dulu pun masih ada seperti Cikgu Habibi dan Cikgu Soranam..Memang dah lama sangat dorang berkhidmat di situ.. Saya mula2 masuk ke sekolah MGS Menengah pada bulan 3 tahun 1999. Masa tu saya baru bertukar dari sekolah Seri Bentong gara2 tak boleh sesuaikan diri tinggal di asrama..Homesick..=)

Walaupun saya adalah pelajar baru, tapi saya tak rasa kekok dengan pelajar2 yang lain..Coz kebanyakan daripada mereka merupakan kawan2 lama saya semasa di MGS rendah.. Jadi, bermulalah episod baru saya di sekolah ini..

Friday, March 20, 2009

My Cute~ lil Qisya


Hmm..windula dekat budak dalam gambar tu..Sekarang ni dia dah takda kat Raub lagi..Dia dengan parent dah pindah ke Perak..Sape yang sy maksudkan tu? Haa,ni la anak sedara sy kalau korang masih ingat lagi..Sy selalu jugak cerita pasal dia dalam blog ni.. Teringat pula tetiba dengan keletah dia yang mencuit hati.. Seronok betul kacau dia..Kalau dia marah, nanti dia ketuk kepala atau cubit pipi saya..Kadang2 tu sampai berbekas.. Dia panggil opah die mak..papa die pulak die panggil abang..hihi..ni sume pasal die terikut mama die panggil camtu.. Hmm..mizz u dear..nanti jangan nakal2 kat Perak yer..jangan lupa kitaorg kat sini k..muah..

Majlis Pernikahan...

Aksi-aksi manje mereka..

JOE n IJAM..She's so cute..

Pada 8 hb 3 baru-baru ni, my frenz IJAM telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan pilihan hati~JOE di Kg Peramu, Kuantan.. Thanx dear coz bawa sy ke sn..=)

Hmm..bestnye tengok dorang kahwin.. jeles pun ada gak..sy bila lagi ek?hihi.. tak da org nak datang melamar ker..Opss..=p Masa tengah sibuk2 nak ambil gambar tu, sy ngan dear sempat gak la posing berdua kat atas pelamin tu..nak ambil berkat..huhu

Ijam pilih warna pink untuk pakaian pengantin dan pelamin..Dia ni minat sangat warna pink dari dulu lagi..d gurly2 one.. Tpkan memang comel la dia hari tu, naik seri..Almaklumla raja sehari..Ramai jugak la membe2 kos sy yang datang.. Lama sangat tak jumpa dorang..Ada yang dah keja tapi ramai yang sambung master..Bagus dorang ni masih bersemangat nak belajar..Sy? tunggu dulu la.. nak keja dan simpan duit dulu..kalau ada rezeki kemudian hari, memang ada hajat gak nak sambung master.. Coz nowadays no money, no talk..huhu

Nak story ckit pasal Ijam ni..beliau merupakan membe satu kos ngan sy masa kat UMT dulu.. Orngnyer hepi go lucky jer n selalu wat lawak..tak kering gusi la kitaorg gelak..tpkan sy tabik spring la dekat dorang ni coz Ijam n Joe ni dah lama kapel, akhirnya dorang kahwin juga..Jodoh dorang panjang.. I like it.. Okla, sy doakan yang terbaik pada korang dalam menjalani alam rumah tangga..Semoga cepat2 lahirkan Ijam junior..hihi

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Thursday, March 19, 2009

Lirik lagu Saat Terakhir ST 12..

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……

Sedih lagu ni..tapi suka jer layan..=)

Dah lama x bukak blog ni..huhu


Sowila sume..sy dah lama tak update blog ni..im really busy..after dapat ngajar kat MGS skul memang tak da masa betoi nak bukak blog..but after dis, i try to update selalu..c u all...

Animated Pictures Myspace Comments