Wednesday, March 25, 2009

Hari yang memenatkan..

Hari ni ada raptai untuk hari sukan. Tugas sy sebagai ahli jawatankuasa peralatan sukan. Pagi2 lagi dah kena ke stor sukan nak ambil peralatan. Lepas tu semua guru dan student ke padang sekolah Mahmud rendah yang terletak tak jauh mana pun.. di sebelah sekolah kami je. Kesian kat kitaorang tak ada padang sendiri. Jadi terpaksalah pinjam padang sekolah lain. Pelajar perlu melakukan perbarisan dan tabik hormat.

Selepas perbarisan pelajar, ada acara tarik tali di antara ahli2 rumah sukan. Mula2 antara rumah sukan Dang Anum(kuning) iaitu rumah sukan yang sy jaga dan Tun Teja(hijau). Semasa pelajar tarik tali, sy pun bersemangat bukan main.. tapi kat tepi dorang jela, bagi sokongan..hihi. Bukan main kuat sy jerit nak bagi sokongan kat
dorang, tapi malangnya dorang tak menang jugak. Hmm, buat penat aje. Ish2 la..

Selepas itu, acara tarik tali diteruskan dengan ahli rumah sukan Tun Fatimah(biru) dan Mahsuri(merah). Rumah sukan Tun Fatimah yang menang dalam pusingan kedua ini. Habis ajer raptai sukan, kitaorang pun pergi makan kat kantin. Waktu tu memang dah lapar sangat. Sy pun makanla nasi kerabu dan teh ais.. Memang bestla..Tapi yang paling bestnya, ada orang baik hati belanja kitaorang makan. Tima kasihla kepada Cikgu Nasir..


Ada ubi, ada laici,
Ada hari belanjalah lagi.

Pada pukul 12 pula, terdapat program ceramah sempena minggu anti dadah. Pelajar2 dikehendaki bergerak ke dewan sekolah dan mendengar ceramah yang disampaikan. Cikgu2 ni pula, sibuk dengan persiapan untuk hari sukan esok. Hari ni sy balik lambat lagi coz banyak kerja yang perlu dibuat untuk hari sukan esok..Hmm, im so tired..huhu

No comments: