Thursday, October 30, 2008

Aik..awalnya balik sekolah

Habislah ladang kelapa sawit orang ni..

Masing2 yang kepenatan selepas mengharungi banjir

Jambatan goook....gekkk

Teruskan perjalanan anda dengan selamatnya..

Baru-baru ini ada kejadian yang tidak terduga berlaku di sekolah. Hmm, bunyi cam serius je cerita ni kan. hihi. Hari tu, hujan lebat sangat dan tak berhenti-henti. Risau dah, macam mana nak pergi sekolah ni.

Kawasan dekat Semantan Ulu tu memang mudah naik air kalau asyik hujan. Tapi, kitaorang tetap gak la pergi sekolah dengan pakai track suit dan baju t-shirt aje. Sebelum sampai sekolah, kitaorang kena lalu satu jambatan ni. Tengok air sungai kat bawah tu, rasa takut jer. Dah la deras pastu air semakin naik lak. Rasa2 macam tak lama lagi banjir juga kawasan tu nanti.


Dah sampai kat sekolah, saya pun masuk kelas untuk mengajar. Baru je tengah bersemangat nak mengajar budak2 ni, tetiba terdengar bunyi wisel kecemasan. Adui, menganggu ketenteraman jiwa betul.

Pastu semua murid2 disuruh berkumpul di kantin. Rupa-rupanya air dah naik dan jalan nak balik dah banjir. Jadi kitaorang semua diarah balik. Masa tu baru pukul 10 pagi. Awal bukan main kitaorang balik. Murid2 bukan main seronok lagi, tak ketinggalan cikgu dorang jugak la. Bukan selalu boleh balik awal kan..hehe

Sunday, October 26, 2008

Wanita oh wanita..

Emo Myspace Comments
Pada waktu wanita mengalami haid mereka akan mudah hiba, sedih dan pilu disebabkan perasaan yang amat sensitif. Kadang2 kan kalau orang lain cakap sikit pun, mereka dah terasa lebih-lebih. Hmm, susah betul nak kawal emosi pada masa ni.

Emosi juga mudah berubah-ubah, iaitu mereka boleh gelak ketawa pada satu ketika dan menjadi sedih hingga menangis pada ketika yang lain pula.
Tapi bukan kes tak siuman la. Wanita akan cepat marah dan terjebak dalam pelbagai konflik dengan orang lain. Jika tidak diatasi dengan betul ia boleh melarat dan menyebabkan pergaduhan. Bahaya ni, kadang2 boleh meletus perang dunia ke 3 dengan pasangan masing2.

Selain itu, mereka juga mudah bercakap dahulu kemudian baru berfikir. Ini memang kerap berlaku tidak kira tempat dan masa. Kekerapan itu berkali ganda ketika mereka sedang haid. Mereka akan mengeluarkan kata-kata indah ataupun yang menyakitkan tanpa berfikir dahulu.

Lelaki berfikir dahulu baru bercakap,
wanita cakap dulu baru berfikir. Lepas tu, barulah dorang menyesal dengan apa yang telah dikatakan.
Opss..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tapi kan sebenarnya kitaorang tak sengaja tau. Jadi, kepada kaum lelaki jangan ambil hati dengan kata-kata kitaorang, k . Buat tak tahu je =p.

Mereka juga tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling dan suka menyendiri. Masa tu kan rasa macam malas je nak layan orang lain. Rasa nak jadi kera sumbang jer. hihi. K, la ada soalan cepumas ni. Tau tak kenapa kaum wanita ni mudah beremosi terutama ketika mereka datang haid? Sebenarnya kan, pada waktu ni hormon dalam badan iaitu estrogen dan progestron berubah dan secara tidak langsung mempengaruhi emosi.

Oleh itu, wanita cenderung mengalami perubahan dari segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi. Jadi diharap kaum lelaki banyakkan bersabar melayan kerenah kaum wanita ni terutama ketika mereka tengah datang bulan. Kesabaran korang amatlah kami hargai.Terima kasih banyak2 yer. Ni yang sayang lebih dekat korang ni.. =)

Friday, October 24, 2008

My Best Buddies at UMT, Terengganu..

Masa ni kitaorang dekat Pantai Batu Buruk


Dari atas: Tudung hitam(saya lah),ikut arah jam : ayu, hana dan anez

Rindula rasa waktu belajar dulu. Macam-macam yang saya peroleh. Benda yang baik dijadikan pengalaman dan yang buruk dijadikan sempadan. Sebab pengalaman yang pelbagai itulah yang akan mematangkan hidup kita kan? Okla jom kita sambung balik cerita pasal membe-membe sebilik waktu saya belajar dulu. Masa mula2 dapat tawaran belajar di Terengganu, rasa seronok aje sebab saya tak pernah lagi pergi sana. Tapi kalau nak pergi sana dari Raub, jauh juga tau. Adalah dalam 8 jam perjalanan.

Saya duduk sebilik di asrama bersama 3 orang lagi membe. Sorang budak Kelantan, nama dia Ayu. Dia ni jenis selambe jer. Antara kita orang berempat dia lah yang paling lasak sikit. Biasanya kalo ada kerja2 yang agak kasar dan perlu banyak tenaga, kita orang selalu minta dia tolong. Satu lagi dia ni kreatif, selalu buat kad yang cantik-cantik, pastu dia bagi kat kitaorang. Bagus betul dapat percuma aje =). Sorang lagi budak KL, nama dia Anez. Ada dua benda yang dia paling suka : berjalan-jalan dan duit. Dia ni ada kereta, jadi senanglah kalau nak pergi ke mana2. Pantang dia ajak pergi jalan2, cepat aje saya dan ayu nak mengikut sebab kitaorang ni suka sangat berjalan. Bak kata pepatah, banyak berjalan luas pemandangan. Dah banyak tempat kita orang pergi travel tau antaranya Pulau Pinang, Genting, Kelantan, Perak,Kuantan dan KL. Seronok sangat sebab boleh cuci mata dan hilangkan tension belajar.

Sorang lagi membe saya budak Perak, kitaorang panggil dia Hana. Dia ni manja-manja dan agak perahsia sikit. Masa mula-mula kenal ingatkan dia ni jenis pendiam, tapi rupa-rupanya banyak cakap juga. Tapi kalau dia bercakap telefon dengan sesiapa pun, mesti macam cakap dengan pakwe. Manja aje. Perangai dorang ni semua giler2 tapi bukanlah macam tak siuman pulak, masih waras lagi. hihi. Kiranya satu kepalalah dengan saya, tapi ni bukan kes kembar siam ye =p. Jadi kita orang boleh ngam. Pergi mana2 pun, biasa berempat. Orang lain pun dah perasan. Kalau tak cukup sorang, mesti ada yang tanya mana sorang lagi. Banyak yang kitaorang lalui bersama selama 3 tahun di Terengganu. Ada masa suka dan ada kala duka, adatlah kehidupan. Hmm, rindu la dekat korang semua. Semoga korang semua berjaya dalam kehidupan masing2 k. Muaxx

My little cayang..

Saya nak pergi jalan-jalan ni, siapa nak ikut?

Qisya yang suka senyum

Qisya dengan opahnya

Ni saya nak kenalkan anak sedara, cucu dan juga cicit pertama dalam keluarga kita orang. Kita orang panggil dia QISYA tapi nama penuh dia Qistina Batrisya. Umur baru setahun sebulan. Tapi mulut tu bising jer nak bercakap, mengalahkan Makngah(panggilan saya) die. Kalau tak jumpa dia sehari mesti rasa rindu aje, tapi kalo dia datang rumah rasa tak larat pula nak jaga. Sebabnya tak pernah nak duduk diam. Ada jer benda dia nak buat dan main. Almaklumlah, orang baru nak dapat lesen L = baru nak belajar berjalan. Tapi, berlagak bukan main. Baru berjalan setapak dua, sudah nak berlari. Pastu, kalau jatuh saja dia salahkan orang lain pulak. Bising menjerit dan nak babab(pukul) orang lain. Kiranya macam tak jaga dia elok-eloklah. Ada satu benda saja yang boleh buat dia senyap iaitu makanan. Jadi kalo nak umpan dia bagi senyap, saya selalulah bagi dia makan. Lagi pun dia memang jenis yang kuat makan. Bagi lah apa-apa makanan pun, mesti menganga aja mulut dia. Qisya ni tinggal dengan opah(panggilan mak saya) waktu mak ayah dia bekerja. Kadang-kadang tu cemburu juga sebab mak lagi lebihkan cucu dia berbanding diriku, anak dia sendiri. haha. Betul lah cakap orang tua-tua, bila dah dapat cucu, cucu lagi disayangi berbanding anak sendiri. Inilah yang terjadi pada diriku. ahakz. Tapi tak kisahlah, anak sedara punya pasal. Jadi sampai di sini saja kisah permata hati keluargaku kini =).

Wednesday, October 22, 2008

Pergi hospital...

Semalam, saya pergi hospital untuk 'medical check-up'. Tujuannya untuk pengesahan jawatan guru. Sebenarnya, tak kisah la nak pergi bila-bila tapi kalau tak pergi awal, lambat pula dapat gaji. Jadi tu yang bersemangat sangat nak pergi semalam sampai sanggup off tak pergi sekolah. Tapi mesti murid-murid tu bergembira sakan. Almaklumlah, cikgu dorang tak masuk mengajar. Jadi dorang boleh main puas-puas dan takda sesiapa nak halang. Takpe2, cikgu bagi peluang dekat korang, nanti kalau cikgu dah masuk ngajar jangan harap nak main-main lagi.. haha. Okla, kita sambung pasal 'medical check-up' tu balik. Mula-mula nurse tu ambil ketinggian dan berat badan. Risau gak ni, dahlah banyak pergi 'open house' sempena hari raya. Takut naik berat sebab kalau makan tu tak beringat langsung. Juadah hari raya kan sedap-sedap belaka lebih2 lagi ada makanan favourite lak tu. Tapi legalah berat tak naik, kira maintain aje. Pasni bolehlah melantak puas-puas lagi =p. Lepas tu, kena periksa mata pulak.

Kenapa lah nampak kabur je nombor kat depan tu. Hmm, mesti mata belah kanan ni dah rabun sikit sebab kes selalu guna laptop. Ala, risau la pulak. Nanti lecehlah, kena pakai spek mata. Nampaknya, lepas ni kenalah makan banyak lobak dan kena selalu tengok pemandangan yang hijau-hijau. Sebabnya, ia bagus untuk kesihatan mata.

Kemudian, kena ambil urine untuk uji dadah. Pastu saya pergi X-ray dada. Waktu tu, kena tanggal semua baju termasuk yang dalam dan pakai baju khas untuk x-ray. Dahla baju untuk x-ray tu nipis, segan je rasa. Tapi nasib baik orang yang in charge tu perempuan. Fuuhh, selamat.. Lepas dah siap buat semua ujian, ingatkan dah selesai medical check-up tu, tapi rupa-rupanya...esok kena pergi lagi sebab untuk ujian dadah kena ambil masa sehari. Adui, kecewa je rasa. Lambat la gaji ku siap..huhu..Takpe, sabar-sabar.

Tuesday, October 21, 2008

Kenangan dulu-dulu..

Teringat pula bila mula-mula berjauhan dengan keluarga. Masa tu saya dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh di Bentong. Umur waktu tu baru tingkatan 1, masih mentah dan kebudakan lagi. Sebenarnya mak dan abah tak berapa nak benarkan, sebabnya anak dorang yang seorang ni manja sikit. Tapi disebabkan saya beria nak cuba untuk berdikari sendiri akhirnya mereka benarkan juga. Perasaan waktu tu, macam-macam ada. Bak kata pak cik kat iklan astro tu. Rasa macam gembira sebab nak cuba pengalaman baru.Tapi ada gak rasa macam takut jer, manalah tahu tak dapat nak sesuaikan diri.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Jeng3..suspen sikit..=) Barang-barang untuk tinggal di asrama sudah siap dikemas. Kami pun bertolak ke Bentong. Selepas mendaftar dan berkemas di bilik asrama, mak dan ayah pun nak bertolak balik. Tetiba teremosional, air mata ni nak keluar la pulak. Adui, kacau betul. Malu kat dorang. Tapi xpela masa tu kecik lagi kan.. =p Masa mula-mula duduk kat hostel tu, ada la beberapa orang senior nak wat jadi adik angkat dan saya pun terima. Sebabnya nanti kalau ada apa-apa masalah atau sakit-sakit ke ada gak orang yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Nak harapkan mak abah, jauh di sana. Sedih je rasa. huhu. Akak-akak kat sana memang baik-baik belaka. Masalah buli yang teruk-teruk ni tak adala waktu tu. Tapi satu jer yang buat saya rasa tak tahan tinggal di asrama ni. Jadual yang sangat padat dan mesti on time sentiasa. Kalo lambat sikit, mesti dengar suara warden menjerit-jerit dari tingkat bawah. Warden tu dah la terkenal dengan sikapnya yang garang dan ditakuti para pelajar. Sebut pasal warden teringat pula ada satu cerita lawak. Masa tu kita orang tengah bersiap-siap nak pergi kelas prep petang. Saya pun tunggulah sorang membe ni sebab dia tak siap lagi. Tunggu punya tunggu, tetiba terdengar suara nyaring warden menjerit dari tingkat bawah.

"Sesiapa yang tak turun lagi cepat turun pergi prep! Kalau lambat turun, nanti saya naik. Siap la korang saya rotan, " jerit warden.

Terus je rasa kecut perut. Punyalah menggelabah waktu tu. Mana taknya, makin lama suara dia makin dekat je rasa. Dahla dengan bunyi2 die pukul rotan tu lagi. Berdiri bulu roma macam nampak hantu lak. Jadi kitaorang berdua tak tunggu lama lagi, terus je angkat kain dan lari pecut marathon. Dalam hati berdoa jangan la terjumpa warden. Nanti tak pasal2 jer sakit badan kena rotan. Nasib kita orang baik, tak terserempak dengan warden tu. Fuuuh..lega. Tapi yang kesiannya, masa kita orang berlari punya laju tu gara-gara takut kena kejar dengan warden, tetiba membe jatuh tersadung. Sadis betul rasa. Tapi cara dia jatuh memang agak menggelikan hati lah. Sampai je kat kelas, masing-masing yang tengah tercungap-cungap tu beria la gelak sampai rasa macam tak cukup nafas je. haha. Itulah antara kenangan yang masih diingati.

Thursday, October 9, 2008

Lelaki vs Wanita...

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

# Renung-renungkanlah dan selamat beramal..=)

Layan jela yer..

Soalan: dlm bnyk bnyk kete,kete ape yg tak d'panggil kete
Jawapan : teksi

Soalan: banyak-banyak keris, keris apa yang pandai menyanyi
Jawapan : keris dayanti

Soalan: tahi ape yg susah nak basuh..??
Jawapan : tahi lalat... huahuahua..

Soalan: banyak2 pokok, pokok ape yang org takut?
Jawapan : pokok tumbang

Soalan: bnyak2 ikan, ikan ape yng ade bulu ketiak??
Jawapan : tauke ikan..bdkk kecik pon tau la

Soalan: bunga apa boleh bernafas?????????????
Jawapan : Bunga Citra Lestari........muahahaha

Soalan: bunga ape yang berwarna hitam?
Jawapan : bunga tayar

Soalan: banyak banyak haiwan . haiwan ape yang seksi................ huhuhu
Jawapan : zibra

Soalan: imam dan bilal mana paling kejam
Jawapan : bilal la sbb dia nak azan dia paling ke jam

Soalan: lembu ape yang die nampak kite tapi kite tak nampak die?????
Jawapan : lembu menyorok le hehehe........

Soalan: kenapa doraemon dn nobita tak dtg malaysia
Jawapan : sebab kat malaysia dh ade GIANT(pasaraya besar)

Soalan: bpk mary de 5org ank.nana,nene,nini,nunu.soalannya,sape name ank yang ke-5??ngeh3
Jawapan : mary lah.kuang3

Soalan: kotak apa tak leh angkat
Jawapan : kotak penalti

Soalan: seekor labah2 trlalu di atas najis lembu lepas dia keluar dari najis lembu itu kaki dia tinggal 4, sebab ape?
Jawapan : sbb lagi 2 kaki tu die tutup hidung laa.......busuk.......

Soalan: ikan apa sakit?
Jawapan : ikan kembung

Soalan: ikan apa dari kepala sampai ekor ada telur?
Jawapan : ikan bahulu

Soalan: ku angkat kaki kiriku.. ku angkat kaki kananku.. ku letak di atas batang.. wah leganya.. jelas nampaknya.. hehehehehehehe
Jawapan : cermin mata la..jgn pk len ek!huhu

Soalan: ade org ni die nk trjun dari tngkat 5,bwah tu ada bnyak taik lembu sape name org tu?
Jawapan : apek laa, sbab die jerit aaa smpai bwah de bunyi pek. Lawkkan

Soalan: bnyk2 umah,umah ape yg bnyk guna kn air
Jawapan : umah terbakar lahh....huahua

Soalan: macam mana kita nak berhentikan air terjun daripada terjun??? ha..jawabla kalu terrer...
Jawapan : amik gambar la...


Soalan: apa yang berani duduk atas kepala harimau?
Jawapan : anak harimau ler...hehehe

Soalan: kalau undertaker naik motor, the rock naik ape?
Jawapan : the rock naik kening la...

Soalan: benda apa turun lambat naik cepat..?
Jawapan : hingus

Soalan: benda apa yang tak bersalah ,tapi kena tampar?
Jawapan : bola tampar

Soalan: ade 10 ekor lembu dalam sebuah lori..sampai di suatu pekan 2 ekor lembu pun melompat..apabile lori berhenti 5 ekor lagi melompat..skrg berape ekor yang ade dalam lori tersebut?jawab jangan x jawab.........
Jawapan : 10 ekor sebab lembu tu cume lompat je dalam lori.

Soalan: benda apa kalau kita tidur,dia berdiri,bila kita berdiri,dia pulak yang tidur.
Jawapan : tapak kakilah itu pun tak tahu ke?

Soalan: kapal layar menuju ke utara... asap nye menuju ke mane?????
Jawapan : kapal layar mane ada asap!!!!!

Soalan: dalam banyak-banyak hantu.hantu apa naik motor?
Jawapan : ghost rider

Soalan: kalu bas kemalangan & bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air...?
Jawapan : road tax dia arrr....

Soalan: dlm byk2 org ape yg rambut die x basah?
Jawapan : org botak

Soalan: dlm byk2 ikan,ikan ape kepale die besar tp badan die kecik.. ahaha.. lu pk la sendriii
Jawapan : ikan bilis pakai helmet...wakakakaka lu pk la sndri

Soalan: Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Jawapan : Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

Soalan: ada seorang pemburu. dia seorang pemburu binatang. tiba-tiba pemburu itu nampak harimau.semasa pemburu itu nak tembak kepala harimau hilang? kepala harimau pi mana?
Jawapan : pi maybank la hiiii.....hiiii.....

Soalan: bintang pe yg mkn pizza?
Jawapan : tupai le...one six hundred eight eight tupai tupai...

Soalan: ape yang hantu tak bijak akan buat?
Jawapan : memanjat pagar. kan hantu boleh tembus je,buat ape nak panjat lagi

Soalan: apakah yg meyebabkan banjir yg berlaku di kelantan?????????????
Jawapan : air ler takkan pasir kot...............huahuahuahuahuahuahuahua

Soalan: nenek sape yg pandai melompat?
Jawapan : nenek katak ler

Soalan: kenapa siput babi jalan lambat? jawab la...klu ble la....hehehe
Jawapan : sbb dia jlan smbil berfikir sama ada dia siput ataupun babi jikalau dia siput kenapa orang sampai ati pggil dia siput babi n jikalau dia babi mane kakinyaaaaaaaa.....hehehehe

Soalan: ia tak de kaki,ia pakai baju warna putih tapi bukan doktor,ia pakai topi kuning tapi bukan kontraktor?
Jawapan : taugeh

Soalan: cicak dkt atas,tikus dkt bawah, kucing dkt?
Jawapan : Sarawak

Soalan: kalau masuk kandang kambing,kite mengembek.kalau masuk kandang harimau????
Jawapan : mengucaplah sbb dah nak kene telan


# so, have fun.. semoga lawak2 ini berjaya membuatkan anda tersenyum =)

Petua Awet Muda

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Awet Muda (Urutan wajah)
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

So,selamat mencuba..=)

Salam PerKenalan....


Waktu praktikal di HUSM, Kelantan


Hai semua.. how r u?.. chat x? Firstly, salam kenalan dr sy utk semua..ni baru first time wat blog, so kalo x bes ker harap maaf la yer.. almaklumla bdk2 baru belajr..hihi.. n kalo ada pape pandangan or idea yg bernas2, juz tell me.. sy amat mengalu2kan sebarang komen.. bak kata pepatah kecil tpk tgn, nyiru sy tadahkan..=) last but not least,hope u all will alwiz enjoy..senyum sokmo..=)