Tuesday, October 21, 2008

Kenangan dulu-dulu..

Teringat pula bila mula-mula berjauhan dengan keluarga. Masa tu saya dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh di Bentong. Umur waktu tu baru tingkatan 1, masih mentah dan kebudakan lagi. Sebenarnya mak dan abah tak berapa nak benarkan, sebabnya anak dorang yang seorang ni manja sikit. Tapi disebabkan saya beria nak cuba untuk berdikari sendiri akhirnya mereka benarkan juga. Perasaan waktu tu, macam-macam ada. Bak kata pak cik kat iklan astro tu. Rasa macam gembira sebab nak cuba pengalaman baru.Tapi ada gak rasa macam takut jer, manalah tahu tak dapat nak sesuaikan diri.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Jeng3..suspen sikit..=) Barang-barang untuk tinggal di asrama sudah siap dikemas. Kami pun bertolak ke Bentong. Selepas mendaftar dan berkemas di bilik asrama, mak dan ayah pun nak bertolak balik. Tetiba teremosional, air mata ni nak keluar la pulak. Adui, kacau betul. Malu kat dorang. Tapi xpela masa tu kecik lagi kan.. =p Masa mula-mula duduk kat hostel tu, ada la beberapa orang senior nak wat jadi adik angkat dan saya pun terima. Sebabnya nanti kalau ada apa-apa masalah atau sakit-sakit ke ada gak orang yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Nak harapkan mak abah, jauh di sana. Sedih je rasa. huhu. Akak-akak kat sana memang baik-baik belaka. Masalah buli yang teruk-teruk ni tak adala waktu tu. Tapi satu jer yang buat saya rasa tak tahan tinggal di asrama ni. Jadual yang sangat padat dan mesti on time sentiasa. Kalo lambat sikit, mesti dengar suara warden menjerit-jerit dari tingkat bawah. Warden tu dah la terkenal dengan sikapnya yang garang dan ditakuti para pelajar. Sebut pasal warden teringat pula ada satu cerita lawak. Masa tu kita orang tengah bersiap-siap nak pergi kelas prep petang. Saya pun tunggulah sorang membe ni sebab dia tak siap lagi. Tunggu punya tunggu, tetiba terdengar suara nyaring warden menjerit dari tingkat bawah.

"Sesiapa yang tak turun lagi cepat turun pergi prep! Kalau lambat turun, nanti saya naik. Siap la korang saya rotan, " jerit warden.

Terus je rasa kecut perut. Punyalah menggelabah waktu tu. Mana taknya, makin lama suara dia makin dekat je rasa. Dahla dengan bunyi2 die pukul rotan tu lagi. Berdiri bulu roma macam nampak hantu lak. Jadi kitaorang berdua tak tunggu lama lagi, terus je angkat kain dan lari pecut marathon. Dalam hati berdoa jangan la terjumpa warden. Nanti tak pasal2 jer sakit badan kena rotan. Nasib kita orang baik, tak terserempak dengan warden tu. Fuuuh..lega. Tapi yang kesiannya, masa kita orang berlari punya laju tu gara-gara takut kena kejar dengan warden, tetiba membe jatuh tersadung. Sadis betul rasa. Tapi cara dia jatuh memang agak menggelikan hati lah. Sampai je kat kelas, masing-masing yang tengah tercungap-cungap tu beria la gelak sampai rasa macam tak cukup nafas je. haha. Itulah antara kenangan yang masih diingati.

No comments: