Semalam, saya pergi hospital untuk 'medical check-up'. Tujuannya untuk pengesahan jawatan guru. Sebenarnya, tak kisah la nak pergi bila-bila tapi kalau tak pergi awal, lambat pula dapat gaji. Jadi tu yang bersemangat sangat nak pergi semalam sampai sanggup off tak pergi sekolah. Tapi mesti murid-murid tu bergembira sakan. Almaklumlah, cikgu dorang tak masuk mengajar. Jadi dorang boleh main puas-puas dan takda sesiapa nak halang. Takpe2, cikgu bagi peluang dekat korang, nanti kalau cikgu dah masuk ngajar jangan harap nak main-main lagi.. haha. Okla, kita sambung pasal 'medical check-up' tu balik. Mula-mula nurse tu ambil ketinggian dan berat badan. Risau gak ni, dahlah banyak pergi 'open house' sempena hari raya. Takut naik berat sebab kalau makan tu tak beringat langsung. Juadah hari raya kan sedap-sedap belaka lebih2 lagi ada makanan favourite lak tu. Tapi legalah berat tak naik, kira maintain aje. Pasni bolehlah melantak puas-puas lagi =p. Lepas tu, kena periksa mata pulak.
Kenapa lah nampak kabur je nombor kat depan tu. Hmm, mesti mata belah kanan ni dah rabun sikit sebab kes selalu guna laptop. Ala, risau la pulak. Nanti lecehlah, kena pakai spek mata. Nampaknya, lepas ni kenalah makan banyak lobak dan kena selalu tengok pemandangan yang hijau-hijau. Sebabnya, ia bagus untuk kesihatan mata.
Kemudian, kena ambil urine untuk uji dadah. Pastu saya pergi X-ray dada. Waktu tu, kena tanggal semua baju termasuk yang dalam dan pakai baju khas untuk x-ray. Dahla baju untuk x-ray tu nipis, segan je rasa. Tapi nasib baik orang yang in charge tu perempuan. Fuuhh, selamat.. Lepas dah siap buat semua ujian, ingatkan dah selesai medical check-up tu, tapi rupa-rupanya...esok kena pergi lagi sebab untuk ujian dadah kena ambil masa sehari. Adui, kecewa je rasa. Lambat la gaji ku siap..huhu..Takpe, sabar-sabar.

No comments:
Post a Comment