Sunday, October 26, 2008

Wanita oh wanita..

Emo Myspace Comments
Pada waktu wanita mengalami haid mereka akan mudah hiba, sedih dan pilu disebabkan perasaan yang amat sensitif. Kadang2 kan kalau orang lain cakap sikit pun, mereka dah terasa lebih-lebih. Hmm, susah betul nak kawal emosi pada masa ni.

Emosi juga mudah berubah-ubah, iaitu mereka boleh gelak ketawa pada satu ketika dan menjadi sedih hingga menangis pada ketika yang lain pula.
Tapi bukan kes tak siuman la. Wanita akan cepat marah dan terjebak dalam pelbagai konflik dengan orang lain. Jika tidak diatasi dengan betul ia boleh melarat dan menyebabkan pergaduhan. Bahaya ni, kadang2 boleh meletus perang dunia ke 3 dengan pasangan masing2.

Selain itu, mereka juga mudah bercakap dahulu kemudian baru berfikir. Ini memang kerap berlaku tidak kira tempat dan masa. Kekerapan itu berkali ganda ketika mereka sedang haid. Mereka akan mengeluarkan kata-kata indah ataupun yang menyakitkan tanpa berfikir dahulu.

Lelaki berfikir dahulu baru bercakap,
wanita cakap dulu baru berfikir. Lepas tu, barulah dorang menyesal dengan apa yang telah dikatakan.
Opss..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tapi kan sebenarnya kitaorang tak sengaja tau. Jadi, kepada kaum lelaki jangan ambil hati dengan kata-kata kitaorang, k . Buat tak tahu je =p.

Mereka juga tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling dan suka menyendiri. Masa tu kan rasa macam malas je nak layan orang lain. Rasa nak jadi kera sumbang jer. hihi. K, la ada soalan cepumas ni. Tau tak kenapa kaum wanita ni mudah beremosi terutama ketika mereka datang haid? Sebenarnya kan, pada waktu ni hormon dalam badan iaitu estrogen dan progestron berubah dan secara tidak langsung mempengaruhi emosi.

Oleh itu, wanita cenderung mengalami perubahan dari segi fizikal, tingkah laku dan fisiologi. Jadi diharap kaum lelaki banyakkan bersabar melayan kerenah kaum wanita ni terutama ketika mereka tengah datang bulan. Kesabaran korang amatlah kami hargai.Terima kasih banyak2 yer. Ni yang sayang lebih dekat korang ni.. =)

7 comments:

liee said...

waa.. bagusnya topik awak ni..
at least leh buat panduan kepada lelaki kan. mmmm , nk tanya. mood awk lak camana :)

liee said...

waa.. bagusnya topik awak ni..
at least leh buat panduan kepada lelaki kan. mmmm , nk tanya. mood awk lak camana :)

liee said...

salammmmm

Daddy Cool said...

Salam...

Uiihh...memang la kami ni besabor... kalau tak besabor takder la nak ber anak 4 5 orang...

Salam ziarah..informative la sis!

liee said...

wa. sorry byk lak komen saya. actually sy repeat tu igt ke x kuar. x baca post comment dia kat atas. sorry la ye. btw camana nk bercomunicate ngan u ye?

Daddy Cool said...

Ummie...meh amik award nih!

missummie said...

Itula,diharap topik ni dapt memberi panduan kepd lelaki untuk lebih mengenali wanita. Kpd liee, mood sy besela berubah-ubah jugak..x caya tny mak sy..hihi..
Kpd daddy cool lak,congratz kpd lelaki2 yang sentiasa bersabar dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga..Memang sudah ditakdirkan kejadian lelaki dan wanita yang berbeza bertujuan saling melengkapi antara satu sama lain..=)