Ni saya nak kenalkan anak sedara, cucu dan juga cicit pertama dalam keluarga kita orang. Kita orang panggil dia QISYA tapi nama penuh dia Qistina Batrisya. Umur baru setahun sebulan. Tapi mulut tu bising jer nak bercakap, mengalahkan Makngah(panggilan saya) die. Kalau tak jumpa dia sehari mesti rasa rindu aje, tapi kalo dia datang rumah rasa tak larat pula nak jaga. Sebabnya tak pernah nak duduk diam. Ada jer benda dia nak buat dan main. Almaklumlah, orang baru nak dapat lesen L = baru nak belajar berjalan. Tapi, berlagak bukan main. Baru berjalan setapak dua, sudah nak berlari. Pastu, kalau jatuh saja dia salahkan orang lain pulak. Bising menjerit dan nak babab(pukul) orang lain. Kiranya macam tak jaga dia elok-eloklah. Ada satu benda saja yang boleh buat dia senyap iaitu makanan. Jadi kalo nak umpan dia bagi senyap, saya selalulah bagi dia makan. Lagi pun dia memang jenis yang kuat makan. Bagi lah apa-apa makanan pun, mesti menganga aja mulut dia. Qisya ni tinggal dengan opah(panggilan mak saya) waktu mak ayah dia bekerja. Kadang-kadang tu cemburu juga sebab mak lagi lebihkan cucu dia berbanding diriku, anak dia sendiri. haha. Betul lah cakap orang tua-tua, bila dah dapat cucu, cucu lagi disayangi berbanding anak sendiri. Inilah yang terjadi pada diriku. ahakz. Tapi tak kisahlah, anak sedara punya pasal. Jadi sampai di sini saja kisah permata hati keluargaku kini =).
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment