Friday, October 24, 2008

My Best Buddies at UMT, Terengganu..

Masa ni kitaorang dekat Pantai Batu Buruk


Dari atas: Tudung hitam(saya lah),ikut arah jam : ayu, hana dan anez

Rindula rasa waktu belajar dulu. Macam-macam yang saya peroleh. Benda yang baik dijadikan pengalaman dan yang buruk dijadikan sempadan. Sebab pengalaman yang pelbagai itulah yang akan mematangkan hidup kita kan? Okla jom kita sambung balik cerita pasal membe-membe sebilik waktu saya belajar dulu. Masa mula2 dapat tawaran belajar di Terengganu, rasa seronok aje sebab saya tak pernah lagi pergi sana. Tapi kalau nak pergi sana dari Raub, jauh juga tau. Adalah dalam 8 jam perjalanan.

Saya duduk sebilik di asrama bersama 3 orang lagi membe. Sorang budak Kelantan, nama dia Ayu. Dia ni jenis selambe jer. Antara kita orang berempat dia lah yang paling lasak sikit. Biasanya kalo ada kerja2 yang agak kasar dan perlu banyak tenaga, kita orang selalu minta dia tolong. Satu lagi dia ni kreatif, selalu buat kad yang cantik-cantik, pastu dia bagi kat kitaorang. Bagus betul dapat percuma aje =). Sorang lagi budak KL, nama dia Anez. Ada dua benda yang dia paling suka : berjalan-jalan dan duit. Dia ni ada kereta, jadi senanglah kalau nak pergi ke mana2. Pantang dia ajak pergi jalan2, cepat aje saya dan ayu nak mengikut sebab kitaorang ni suka sangat berjalan. Bak kata pepatah, banyak berjalan luas pemandangan. Dah banyak tempat kita orang pergi travel tau antaranya Pulau Pinang, Genting, Kelantan, Perak,Kuantan dan KL. Seronok sangat sebab boleh cuci mata dan hilangkan tension belajar.

Sorang lagi membe saya budak Perak, kitaorang panggil dia Hana. Dia ni manja-manja dan agak perahsia sikit. Masa mula-mula kenal ingatkan dia ni jenis pendiam, tapi rupa-rupanya banyak cakap juga. Tapi kalau dia bercakap telefon dengan sesiapa pun, mesti macam cakap dengan pakwe. Manja aje. Perangai dorang ni semua giler2 tapi bukanlah macam tak siuman pulak, masih waras lagi. hihi. Kiranya satu kepalalah dengan saya, tapi ni bukan kes kembar siam ye =p. Jadi kita orang boleh ngam. Pergi mana2 pun, biasa berempat. Orang lain pun dah perasan. Kalau tak cukup sorang, mesti ada yang tanya mana sorang lagi. Banyak yang kitaorang lalui bersama selama 3 tahun di Terengganu. Ada masa suka dan ada kala duka, adatlah kehidupan. Hmm, rindu la dekat korang semua. Semoga korang semua berjaya dalam kehidupan masing2 k. Muaxx

9 comments:

YASPOWER said...

Great blog with nice pictures.

For more links to computer technology, pls visit www.yasthirah.com

For more links to soccer, pls visit http://aptconnections.blogspot.com/

missummie said...

Thanx for the info..=)

liee said...

salamm

liee said...

salam

liee said...

aikkk??

liee said...

aikk?

liee said...

ssss

liee said...

ssss

liee said...

salam