Sunday, November 30, 2008

Ditujukan khas buat wanita2 yang berada walau di mana jua...

Tajuk lagu: Wanita
Penyanyi : Siti Nurhaliza

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Aku wanita
Yang hanya perlu kau fahami

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata

Pilihan hati

Belahan jiwaku ini..




Monday, November 24, 2008

Best betul membeli-belah...

Petang tadi, pergi membeli belah barang-barang keperluan diri dan dapur dengan parent dan adik. Dekat sini, TF la pasar raya yang paling besar dan meriah. Biasanya, setiap hari ramai aje la orang shopping kat situ. Tapi, baru-baru ni ada pasaraya Tunas Manja yang baru buka, kiranya sebagai pesaing TF la. Bagus juga, masing-masing berlumba-lumba nak jual barang dengan harga yang paling murah.

Membeli belah memang seronok sangat lah sebab tu salah satu hobi saya. Hmm, bahaya betul kan, cepat aje boleh kering duit. Sakan shopping tadi sampai tak sedar dah penuh satu troli tu dengan barang2. Pastu, sebab dah tak cukup tempat nak letak barang kitaorang ambil satu bakul lagi. Mesti korang boleh bayangkan berapa banyak barang yang kitaorang nak beli. hehe..


Jumpa dengan jiran, siap ada yang bertanya. Amboi, banyaknya barang. Nak buka kedai runcit ker?

Macam perli jer bunyinya. hihi. Tapi nak buat macam mana, stok barang untuk satu bulan tu. Memanglah banyak memborong. Sambil2 parent shopping untuk barang keperluan dapur, kitaorang pun sibuklah ambil barang2 yang rasa berkenan di hati.

Shopping tadi ayah yang bayarkan. Tu yang best kalau pergi shopping dengan parent. Biasalah masih di bawah jagaan ibu bapa lagi. Untung tau. =p

Sunday, November 23, 2008

Tag dari daddy cool...

Tag ni memang rumit sikit nak diselesaikan sebab kena tulis tangan..agak mencabar tapi dapat buat jugak..ok, daddy dah settle ni..huhu

TAG ni dari Kategori:- Home Assingment – Hand Writing.
Note:- korang sem
ua dikehendaki untuk menjawab secara tulisan tangan.

1. Your name/usernama:

Amacam tulisan tangan saya?hihi

2. Left handed or right handed:

Saya memang tulis guna tangan kanan. Jadi kalau guna tangan kiri, memanglah jadi cakar ayam.

3. Favorite letter to write:

Suka tulis huruf a. Sebab banyak perkataan guna huruf a.

4. Least favorite letter to write:

Huruf ni ada ekor kot..hihi

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":


6. Tag 8 people:

Kini tiba giliran anda semua untuk menyelesaikan tag ini..hihi

a) bad
b) liee
c) shoot
d) istiraz
e) Cikgu Man
f) Syed

g) Apandi
h) Catz mafia


Wednesday, November 19, 2008

Aku dan diriku...

About Me Myspace Comments
Adakah anda sayangkan diri anda? Seringkali sebagai manusia kita mudah menyayangi orang lain berbanding dengan diri sendiri . Akibatnya, kita sering menyalahkan diri sendiri apabila frust bercinta. Tak mau makan la, tak mau bergaul dengan orang lain dan asyik menangis aje . Hmm, tak elok tau macam tu. Kesian kat diri kita sendiri. Jadi, sebelum sayang kat orang lain, cuba sayang diri kita dulu. Kenali dan fahami apa kekurangan dan kelebihan diri. Kalau yang kurang tu, bolehlah diperbaiki. Dan jangan pulak membangga diri dengan kelebihan yang ada. Ikutla resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi..I love me.. =)

Tuesday, November 18, 2008

Tag dari shoot...

tag ni dr shoot..ok, saya settlekan ye syu...nanti tunggu serangan balas dari saya lak..hihi

1.What is the relationship of you and him/her?
My cayunk..my bucuk..n my future husband (amin..)

2.Your 5 impressions towards him/her
>>Penyayang..selalu buat sesuatu yang boleh menyebabkan i feel touching.. Thanx dear..
>>Penyabar sgt..saya ni jenis kuat merajuk..Especially time datang bulan..tapi dia pandai dan tak jemu2 memujuk..(lastly, dia menang gak coz sy dah x jadi majuk)
>>Pandai buat lawak..he always make me smile n hepi..rs bahagia aje bila dengan dia(kadang2 tu suka wat loyar buruk gak tapi suka je layan die)
>>Take care of me..dia sgt menjaga saya..boleh diibaratkan macam jaga baby..seboleh-bolehnya dia tak nak saya susah..semua pun dia tolong wat kan untuk sy..(kadang2 tu rasa macam nyusahkan die aje)
>>Aktif bersukan..dia suka main ragbi, pergi gym, main futsal (dia cakap bersenam bgs untuk jaga badan dan kesihatan)

3.The most memorable things he/she had done for you?
Byk sgt..tapi yg plg menjadi kenangan pada masa 3 tahun 7 bln yg lalu..he proposed me waktu april fool..ingatkan main2 aje..Rupanya dia betul2 serius :-)

4.The most memorable things he/she have said to you?
Dia cakap walau ape pun terjadi, dia tetap nak sy jd future wife die..pastu kalo saya kawen ngan org len, dia cakap nanti tgkla dalam paper ada mayat org bunuh diri coz frust bercinta..( i know he juz joking, but i think it was most sweet thing dat he have said to me..tak leh lupa, kalo teringat mst senyum sorg2)

5.If he/she becomes your enemy, you will
janganlah menda ni terjadi..harap dijauhkanla...

6.If he/she becomes your enemy, the reason is
die curang dengan saya..

7.The most desirable thing to do on him/her is?
membina kebahagiaan bersamanya..

8.The overall impression of him/her is
overall, tak pernah lagi jumpa sumbody like him dat i think is perfect to me..Walaupun ada kekurangan, tapi kebaikan yang byk tu dah cover sume kekurangannya.

9.How do you think the people around you will feel about you?
>> seseorg yang suka senyum (senyum kan sedekah,free2 je blh dpt pahala kan)
>>peramah ( dorang ckp sy mudah mesra..tak tau la iya ke tidak)
>>lemah lembut
>>Cute n comel ( haha..org cakap la..bkn angkat bakul sendiri ek =p)


10.The character of you for yourself is?
penyayang, moody, baik, friendly, pendengar yg baik…(puji diri sendiri lak…tp sape yang nak puji kan kalo bukan diri sendiri...hehehe…)

11.On contrary, the character you hate of yourself is?
moody…

12.The most ideal person that you want to be is?
Ummi Aimi Hazwani bt Arif..aku dan diriku..

13.For the people who care about and like you, say something about them.
saya sayang kamu semua byk2..thanx 4 take care of me..i will try to make all of u hepi ;)

14. 7 people to tag

1. bad(shahful bakhtiar)
2. syed

3. liee
4. daddy cool
5. Cikgu Man
6. Kak ana
7. Haji Apandi

>>Is no. 3 a male or a female?
male…

>>If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
nobody for 10...

>> How about no. 5 and 8?
nobody for 8...

>> What is no. 1 studying about?
skrg study dekat UMP..kos electrical engineering..

>>Is no. 4 single?
he was married..

>> Say something about no. 6?
Simple n rilex orangnyer..da kawen tau..

Saturday, November 15, 2008

Sukanya bila dia ceria...




Waa, Qisya dah boleh berjalan. Dulu lesen L aje, tapi sekarang dah dapat lesen penuh. Hmm, dah semakin besar anak sedara saya yang sorang ni. Rasa kejap aje. Jadi kitaorang bawa dia pergi ke Taman Bandar. Suka sangat dia bila boleh main gelongsor, buai dan jongkang jongket kat taman. Asyik tersengih sampai nampak gigi dia yang berjumlah 6 batang. Ramai jugak ibu bapa yang bawa anak-anak kecil mereka kat situ. Lagi lah bertambah hepi bila dia jumpa membe2 sebaya. Walaupun masih kecil, tapi pandai jugak nak berkawan-kawan tu. Hmm, memang seronok betul la tengok gelagat dia.

Friday, November 14, 2008

Cuti sekolah...

Hmm, hari ni hari terakhir persekolahan. Ramai juga murid-murid yang masih bersemangat datang ke sekolah tadi walaupun esok dah mula cuti. Mungkin sebab dah tak belajar, jadi masing2 seronoklah pergi sekolah. Tadi diadakan juga jamuan makan sempena hari terakhir persekolahan. Best betul bekerja kat sekolah ni, selalu aje ada program untuk menjamu perut yang lapar ini. Dahla siap ada aiskrim lagi tadi. Makanan2 yang disediakan pun lazat2 belaka. Bahaya betul, memang boleh menaikkan berat badan ni.Tapi tak kira, nak makan jugak.

Okla, selamat bercuti kepada semua pelajar. Cuti-cuti jugak, tapi buku jangan lupa terus. Walaupun cuti sekolah, tapi cikgu-cikgu tak cuti pun. Minggu depan tetap jugak kena pergi sekolah. Ada lagi kerja yang belum beres. Nak buat mural kat dinding. Tak taulah apa yang akan terjadi kat dinding tu. Almaklumlah, bab2 melukis ni memanglah tak kreatif langsung. Ingat lagi masa amali kat UMT dulu. Kitaorang kena lukis monyet. Lepas dah siap lukis tu, tetiba membe2 gelak tengok lukisan saya. Dorang cakap tak gaya monyet pun. Tapi macam separuh kucing, separuh monyet. Kurang asam jawa betul. Takpela, kita tunggu dan lihat hasil kerja ku nanti..hihi

Thursday, November 13, 2008

Hmm, berdebar-debar dorang...

Sebelum menerima keputusan, masing2 rilex aje

Yang ni lak dah tak sabar untuk menerima keputusan

Guru besar menyampaikan keputusan kepada pelajar cemerlang,5A

Selepas dapat keputusan UPSR

Hari ini murid-murid tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR. Apa yang dapat dilihat, guru-guru yang lebih risau dan tak sabar-sabar untuk menerima keputusan berbanding murid2 itu sendiri. Sampaikan ada cikgu yang mimpi pasal keputusan yang bakal keluar tu. Dah macam terbalik lak. hihi. Selepas dapat keputusan tu, macam2 reaksi dari murid-murid. Ada yang gembira, menangis dan ada gak yang selamba aje. Teringat pula kenangan waktu saya ambil keputusan dulu. =) Dari 18 orang yang menduduki peperiksaan, hanya 2 orang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, 5A. Tahniah diucapkan kepada Aqilah dan Syafinaz. Kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada masa akan datang,k. Belajar dan bangkitlah dari kesilapan lalu. Perjuangan anda masih belum selesai, jadi jangan sesekali mengalah.

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan..

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sek Semantan Ulu telah diadakan pada hari ini. Para jemputan mula datang memenuhi dewan pada pukul 8.15 pagi dan disusuli oleh ketibaan tetamu kehormat. Ramai juga lah ibu bapa dan keluarga yang datang untuk meraikan anak2 mereka. Lagi pun majlis ini hanya diadakan setahun sekali. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Tak lain dan tak bukan, saya lah. Nak promote diri dulu ni. hihi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat
Cawangan Raub, En Abd Raof Abd Kadir. Sebenarnya sekolah
ini merupakan anak angkat Bank Rakyat. Banyak bantuan yang telah diberikan oleh bank Rakyat terutamanya dalam bentuk kewangan untuk digunakan dalam aktiviti2 yang dianjurkan sekolah . Selepas itu, disusuli dengan persembahan murid-murid. Pelbagai persembahan yang telah dipertontonkan. Yang paling mencuit hati ialah persembahan yang berjudul Oh Fatimah oleh murid2 dari prasekolah dan tahun 6. Tetapi persembahan dari murid2 lain juga tak kurang hebatnya. Paling penting persembahan ini dapat menghiburkan tetamu yang hadir.

Persembahan Enjet-enjet semut dari tahun 3

Persembahan dari murid2 prasekolah yang bertajuk joget kelantan

Murid2 tahun 1 & 2 mempersembahkan nyanyian yang bertajuk can mali can

Tarian Oh fatimah oleh murid2 tahun 6 & pra sekolah

Pada hari ini juga, para pelajar telah dianugerahkan sijil beserta cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah kerana telah menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah. Cikgu harap korang akan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang dan berjasa kepada nusa dan bangsa. Selepas majlis tamat, tetamu dijemput untuk menjamu selera. Menunya ialah nasi, ayam masak merah, kuah kacang dal, acar timun dan makanan pencuci mulut (agar2 dan buah-buahan). Hmm, sedap tau..Masa makan tu dah tak pandang kiri kanan lagi sebab dah kebulur. Almaklumlah, jadi MC punya pasal x leh nak kuar langsung dari majlis. Tapi syukurlah majlis pada hari tu berjalan dengan tersusun dan lancar. Walaupun terdapat kekurangan tapi masih boleh di 'cover'. Biasalah, setiap manusia ada kelemahannya kerana yang sempurna hanya datang dari-Nya. Ok, demikian lah cerita hari Majlis Anugerah di Sek Semantan Ulu.

Bersama cikgu Nalina. Guru-guru yang masih single..=p

Latihan dan raptai untuk persembahan..

Murid2 yang khusyuk menonton persembahan

Persembahan murid2 tahun dua di bwh bimbingan cikgu isma dan saya

Tarian pop yeh-yeh oleh murid2 tahun 6 dan prasekolah

Semalam, telah diadakan raptai untuk Majlis Anugerah dan konvokesyen prasekolah. Murid murid telah diberi penerangan tentang perjalanan aturcara majlis. Setiap guru juga diagihkan tugas masing2. Antaranya, jemputan dan protokol, siaraya, dan jamuan. Dan tugas saya pula adalah untuk mengacarakan majlis. Jadi MC tu. Aduyai... nanti bukannya jadi MC tapi ada juga yang ambil mc (cuti). Gara-gara takut punya pasal. Beginilah nasib guru-guru baru, kena buli dengan guru senior aje. Dorang cakap, sebagai kenangan terakhir saya sebelum tamat berkhidmat di sekolah tu. Hmm, pandai yer. Okla, saya pun tak kisah. Boleh jugak cuba suatu pengalaman yang baru dalam mengacara majlis. Mana tau nanti boleh ganti Aznil Nawawi dalam Macam2 Aznil ker.hihi. Balik rumah aje, terus buat skrip untuk berucap nanti. Siap ada pantun lagi. Jangan main-main. Anda tak percaya? Percayalah daku... Di sini saya selitkan sekali pantun yang telah dibuat.

Kalau ada jarum yang patah,
Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Amacam, boleh tak?hehe..

Friday, November 7, 2008





Agak-agak apa tu? Sesuatu yang sangat indah, tapi hanya boleh dirasa dengan hati...=)

Thursday, November 6, 2008

Habis dah exam..

Hari ni adalah hari terakhir murid2 sekolah menduduki peperiksaan akhir tahun. Bermakna selepas ni tamatlah sesi pembelajaran mereka. Seronoklah dorang boleh main puas-puas sebab dah merdeka. Tapi bagi cikgu2 pula masa ni la rasa sibuk sangat. Nak tanda kertas ujian dorang, nak buat persediaan untuk Majlis penyampaian hadiah dan macam2 kerja lagi. Hmm, ni pun tengah sibuk tanda kertas tapi sempat juga tulis blog. Sambil menyelam minum air. hihi. Esok nak ajar murid2 ni menyanyi lak untuk persembahan Majlis penyampaian hadiah. Murid2 dah bising bila nak buat latihan menyanyi. Tak sabar2 dorang. Okla, nanti kita sambung cerita lagi yer..

Wednesday, November 5, 2008

Pandainya teka..

Balik sekolah tadi, saya pergi ke bandar atas urusan bank. Lepas tu, singgah dekat farmasi kejap nak beli vitamin. Borak2 la dengan akak yang jaga farmasi. Pastu dia cadangkan vitamin apa yang paling bagus. Akhirnya beli juga la vitamin tu sebab kesian kat akak tu dah bagi penerangan yang panjang lebar. Sebelum balik akak tu pun tanya.

Adik ni masih belajar ke?

Tak ada la kak. Saya dah habis belajar. Baru aje kerja.

Owh, camtu. Adik kerja jadi cikgu ke?

Aik,teror nya akak teka. Camne tau ni?

Hmm, sebab cikgu ni macam sepesen aje. Boleh kenal. Biasanya pakaian dorang kemas. Tapi boleh agak la kalau seseorang ni cikgu. Akak tu jawab balik.

Dalam hati rasa pelik bin ajaib je. Memang kalau pergi mana2, orang lain pun ada tanya awak ni cikgu ker? Macam tau2 aje. Bukan saya sorang aje yang melalui pengalaman macam ni, membe2 lain yang jadi cikgu pun sama jugak. Kadang2 tu terfikir, apa yang dorang tengok pada diri kita yang boleh sebabkan dorang rasa kita ni cikgu yer? Hmmm....misteri ni..hihi

Sunday, November 2, 2008

Mari kita bersenam..


Seronok aje rasa pergi jog petang tadi. Hari tak panas dan tak hujan dengan angin yang sepoi2 bahasa je. Suasana pula nyaman sebab sekeliling tu banyak pokok2 hijau. Rasa rileks dan tenang. Orang pun ramai gak kat taman tasik tu. Kadang-kadang, sampai berselisih bahu sebab jalan yang disediakan untuk jog agak sempit. Mereka yang datang termasuklah warga emas, remaja dan tak ketinggalan ibu bapa yang bawa anak2 kecil mereka. Best aje tengok anak2 kecil berlari terkedek-kedek. Sempat jugaklah kacau anak orang masa tengah jog tu. Nasib baik budak tu tak nangis masa cubit pipi dia. Nak buat macam mana, dah geram.=p Selain jog, ada gak yang datang untuk memancing di tasik. Tapi musykil gak, ada ikan ke tidak sebab nampak kotor aje tasik tu. Mungkin ada lah kot sebab ramai je yang memancing.

Hmm, lama jugak dah saya tak pergi jog ni. Almaklumla, konon2 sibuk dengan kerja. Sebenarnya malas aje yang lebih. huhu. Dah lama tak jog badan pun rasa macam lesu. Tu yang rasa bersemangat aje nak pergi jog hari ni.Tapi, sebelum jog kena panaskan badan dulu. Dari atas kepala sampai ke kaki. Bagi otot tu longgar2 sikit. Kalo tak, nanti takut kejang lak. Joging tadi boleh tahan la, dapat jugak 4 pusingan. Tapi bukanlah jog sentiasa. Ada gak la jalan2 aje sebab dah tak larat nak jog.

Ni ada fakta yang saya nak kongsi pasal jog. Jog ni merupakan salah satu senaman yang baik untuk membakar lemak atau kalori dan penting dalam mengekalkan kesihatan. Pembakaran lemak boleh terjadi dengan melakukan aktiviti aerobik mengikut intensiti tertentu atau lebih tepat mengikut kadar denyutan nadi. Lemak akan terbakar jika melakukan aktiviti aerobik dengan kadar 55% hingga 75% daripada kadar nadi maksima. Jika kadar nadi latihan lebih tinggi, proses pembakaran lemak tidak terjadi. Jogging selama 30 minit, kita dapat membakar sebanyak 300 kalori. Banyak jugak kan. Jadi apa lagi, majulah sukan untuk badan yang sihat. Jom kita jog sama-sama..=)

Saturday, November 1, 2008

Suka lagu ni - WONDER WOMAN-

Semoga terhibur..Kita enjoy dulu..=)

Mulan Jameelah - Wonder Women

Kamu Tipu Aku Lagi

Mungkin Sudah Ke Seribu Kali

Tak Tahu Kapan Akan Berakhir

Segala Penyiksaan Ini

Kamu Tampar Aku Lagi

Dengan Penyakit Lamamu

Semakin Lama Aku Pun Bisa

Menjadi Benar Benar Gila

Reff :

Aku Bukan Wonder Women Mu

Yang Bisa Terus Menahan

Rasa Sakit Karena Mencintaimu

Hatiku Ini Bukanlah Hati

Yang Tercipta Dari Besi Dan Baja

Hatiku Ini Bisa Remuk Dan Hancur

Kamu Paksa Aku

Menerima Cintamu Lagi

Dengan Segala Tingkah Lakumu

Yang Membuatku Bingung

Kamu Tahan Aku

Dengan Logikamu Lagi

Kau Pikir Aku Akan Mencair

Dengan Rayuanmu...

Back To Reff

Video Klip Mulan Jameelah - Wonder Women

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia