Sunday, November 2, 2008

Mari kita bersenam..


Seronok aje rasa pergi jog petang tadi. Hari tak panas dan tak hujan dengan angin yang sepoi2 bahasa je. Suasana pula nyaman sebab sekeliling tu banyak pokok2 hijau. Rasa rileks dan tenang. Orang pun ramai gak kat taman tasik tu. Kadang-kadang, sampai berselisih bahu sebab jalan yang disediakan untuk jog agak sempit. Mereka yang datang termasuklah warga emas, remaja dan tak ketinggalan ibu bapa yang bawa anak2 kecil mereka. Best aje tengok anak2 kecil berlari terkedek-kedek. Sempat jugaklah kacau anak orang masa tengah jog tu. Nasib baik budak tu tak nangis masa cubit pipi dia. Nak buat macam mana, dah geram.=p Selain jog, ada gak yang datang untuk memancing di tasik. Tapi musykil gak, ada ikan ke tidak sebab nampak kotor aje tasik tu. Mungkin ada lah kot sebab ramai je yang memancing.

Hmm, lama jugak dah saya tak pergi jog ni. Almaklumla, konon2 sibuk dengan kerja. Sebenarnya malas aje yang lebih. huhu. Dah lama tak jog badan pun rasa macam lesu. Tu yang rasa bersemangat aje nak pergi jog hari ni.Tapi, sebelum jog kena panaskan badan dulu. Dari atas kepala sampai ke kaki. Bagi otot tu longgar2 sikit. Kalo tak, nanti takut kejang lak. Joging tadi boleh tahan la, dapat jugak 4 pusingan. Tapi bukanlah jog sentiasa. Ada gak la jalan2 aje sebab dah tak larat nak jog.

Ni ada fakta yang saya nak kongsi pasal jog. Jog ni merupakan salah satu senaman yang baik untuk membakar lemak atau kalori dan penting dalam mengekalkan kesihatan. Pembakaran lemak boleh terjadi dengan melakukan aktiviti aerobik mengikut intensiti tertentu atau lebih tepat mengikut kadar denyutan nadi. Lemak akan terbakar jika melakukan aktiviti aerobik dengan kadar 55% hingga 75% daripada kadar nadi maksima. Jika kadar nadi latihan lebih tinggi, proses pembakaran lemak tidak terjadi. Jogging selama 30 minit, kita dapat membakar sebanyak 300 kalori. Banyak jugak kan. Jadi apa lagi, majulah sukan untuk badan yang sihat. Jom kita jog sama-sama..=)

No comments: