Thursday, November 13, 2008

Hmm, berdebar-debar dorang...

Sebelum menerima keputusan, masing2 rilex aje

Yang ni lak dah tak sabar untuk menerima keputusan

Guru besar menyampaikan keputusan kepada pelajar cemerlang,5A

Selepas dapat keputusan UPSR

Hari ini murid-murid tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR. Apa yang dapat dilihat, guru-guru yang lebih risau dan tak sabar-sabar untuk menerima keputusan berbanding murid2 itu sendiri. Sampaikan ada cikgu yang mimpi pasal keputusan yang bakal keluar tu. Dah macam terbalik lak. hihi. Selepas dapat keputusan tu, macam2 reaksi dari murid-murid. Ada yang gembira, menangis dan ada gak yang selamba aje. Teringat pula kenangan waktu saya ambil keputusan dulu. =) Dari 18 orang yang menduduki peperiksaan, hanya 2 orang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, 5A. Tahniah diucapkan kepada Aqilah dan Syafinaz. Kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada masa akan datang,k. Belajar dan bangkitlah dari kesilapan lalu. Perjuangan anda masih belum selesai, jadi jangan sesekali mengalah.

No comments: