Wednesday, November 12, 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan..

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sek Semantan Ulu telah diadakan pada hari ini. Para jemputan mula datang memenuhi dewan pada pukul 8.15 pagi dan disusuli oleh ketibaan tetamu kehormat. Ramai juga lah ibu bapa dan keluarga yang datang untuk meraikan anak2 mereka. Lagi pun majlis ini hanya diadakan setahun sekali. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis. Tak lain dan tak bukan, saya lah. Nak promote diri dulu ni. hihi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat
Cawangan Raub, En Abd Raof Abd Kadir. Sebenarnya sekolah
ini merupakan anak angkat Bank Rakyat. Banyak bantuan yang telah diberikan oleh bank Rakyat terutamanya dalam bentuk kewangan untuk digunakan dalam aktiviti2 yang dianjurkan sekolah . Selepas itu, disusuli dengan persembahan murid-murid. Pelbagai persembahan yang telah dipertontonkan. Yang paling mencuit hati ialah persembahan yang berjudul Oh Fatimah oleh murid2 dari prasekolah dan tahun 6. Tetapi persembahan dari murid2 lain juga tak kurang hebatnya. Paling penting persembahan ini dapat menghiburkan tetamu yang hadir.

Persembahan Enjet-enjet semut dari tahun 3

Persembahan dari murid2 prasekolah yang bertajuk joget kelantan

Murid2 tahun 1 & 2 mempersembahkan nyanyian yang bertajuk can mali can

Tarian Oh fatimah oleh murid2 tahun 6 & pra sekolah

Pada hari ini juga, para pelajar telah dianugerahkan sijil beserta cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah kerana telah menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah. Cikgu harap korang akan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang dan berjasa kepada nusa dan bangsa. Selepas majlis tamat, tetamu dijemput untuk menjamu selera. Menunya ialah nasi, ayam masak merah, kuah kacang dal, acar timun dan makanan pencuci mulut (agar2 dan buah-buahan). Hmm, sedap tau..Masa makan tu dah tak pandang kiri kanan lagi sebab dah kebulur. Almaklumlah, jadi MC punya pasal x leh nak kuar langsung dari majlis. Tapi syukurlah majlis pada hari tu berjalan dengan tersusun dan lancar. Walaupun terdapat kekurangan tapi masih boleh di 'cover'. Biasalah, setiap manusia ada kelemahannya kerana yang sempurna hanya datang dari-Nya. Ok, demikian lah cerita hari Majlis Anugerah di Sek Semantan Ulu.

Bersama cikgu Nalina. Guru-guru yang masih single..=p

2 comments:

Cikgu Kool said...

Gambar terakhir tu yang panas "GURU-GURU YANG MASIH SINGLE!"...
Ehem...leh tumpang lalu nih!

Anonymous said...

hihi...boleh jer nak tumpang lalu..silakan daddy..=)nanti marah lak makwe daddy..huhu