Wednesday, November 5, 2008

Pandainya teka..

Balik sekolah tadi, saya pergi ke bandar atas urusan bank. Lepas tu, singgah dekat farmasi kejap nak beli vitamin. Borak2 la dengan akak yang jaga farmasi. Pastu dia cadangkan vitamin apa yang paling bagus. Akhirnya beli juga la vitamin tu sebab kesian kat akak tu dah bagi penerangan yang panjang lebar. Sebelum balik akak tu pun tanya.

Adik ni masih belajar ke?

Tak ada la kak. Saya dah habis belajar. Baru aje kerja.

Owh, camtu. Adik kerja jadi cikgu ke?

Aik,teror nya akak teka. Camne tau ni?

Hmm, sebab cikgu ni macam sepesen aje. Boleh kenal. Biasanya pakaian dorang kemas. Tapi boleh agak la kalau seseorang ni cikgu. Akak tu jawab balik.

Dalam hati rasa pelik bin ajaib je. Memang kalau pergi mana2, orang lain pun ada tanya awak ni cikgu ker? Macam tau2 aje. Bukan saya sorang aje yang melalui pengalaman macam ni, membe2 lain yang jadi cikgu pun sama jugak. Kadang2 tu terfikir, apa yang dorang tengok pada diri kita yang boleh sebabkan dorang rasa kita ni cikgu yer? Hmmm....misteri ni..hihi

2 comments:

manlaksam said...

Kalau Pak Man ni, agak-agak dia orang tahu tak Pak Man cikgu?
Pak Man takut nanti dia orang kata macam cikgu sekolah memandu je!

Anonymous said...

Xpe Pak Man,cikgu sekolah memandu tu pun cikgu jugak kan.Tugas dia mengajar jugak.hihi. Tapi rasanya dorang pun boleh agak Pak Man ni cikgu.