Friday, November 14, 2008

Cuti sekolah...

Hmm, hari ni hari terakhir persekolahan. Ramai juga murid-murid yang masih bersemangat datang ke sekolah tadi walaupun esok dah mula cuti. Mungkin sebab dah tak belajar, jadi masing2 seronoklah pergi sekolah. Tadi diadakan juga jamuan makan sempena hari terakhir persekolahan. Best betul bekerja kat sekolah ni, selalu aje ada program untuk menjamu perut yang lapar ini. Dahla siap ada aiskrim lagi tadi. Makanan2 yang disediakan pun lazat2 belaka. Bahaya betul, memang boleh menaikkan berat badan ni.Tapi tak kira, nak makan jugak.

Okla, selamat bercuti kepada semua pelajar. Cuti-cuti jugak, tapi buku jangan lupa terus. Walaupun cuti sekolah, tapi cikgu-cikgu tak cuti pun. Minggu depan tetap jugak kena pergi sekolah. Ada lagi kerja yang belum beres. Nak buat mural kat dinding. Tak taulah apa yang akan terjadi kat dinding tu. Almaklumlah, bab2 melukis ni memanglah tak kreatif langsung. Ingat lagi masa amali kat UMT dulu. Kitaorang kena lukis monyet. Lepas dah siap lukis tu, tetiba membe2 gelak tengok lukisan saya. Dorang cakap tak gaya monyet pun. Tapi macam separuh kucing, separuh monyet. Kurang asam jawa betul. Takpela, kita tunggu dan lihat hasil kerja ku nanti..hihi

No comments: